Jumaat, 11 Ogos 2017

Resepi Jus Lemon Madu Penawar Batuk Dan Sakit Tekak

Resepi Jus Lemon Madu Penawar Batuk Dan Sakit Tekak. Musim cuaca tidak menentu, memang mudah untuk demam. Tekak yang perit dan batuk yang berterusan tentu membuatkan kita sukar fokus pada rutin seharian.

Hari ini KRS kongsikan dengan anda satu resepi jus yang bukan sahaja menjadi penawar batuk, sakit tekak dan selsema tetapi juga memberi tenaga dan mengembalikan kesegaran kepada tubuh badan anda.

RESEPI JUS LEMON MADU PENAWAR BATUK DAN SAKIT TEKAK

BAHAN-BAHAN:
300ml air putih
2 biji limau kasturi (perah jusnya)
1 biji lemon (perah jusnya)
1 inci halia (dihiris)
Madu (sebagai penambah rasa)


Cara menyediakan jus lemon madu
1. Masukkan air, jus limau kasturi, jus limau nipis dan halia ke dalam mesin pengisar.
2. Kisar sehingga bahan-bahan menjadi halus dan sebati.
3. Tapiskan dan tambah madu.

Amalkan minum jus ini untuk merawat batuk, selsema dan sakit tekak. Kalau nak minum jus ini untuk segarkan badan, bolehlah disimpan seketika dalam peti sejuk sebelum diminum. Boleh tambah rasa jus dengan meletakkan hirisan, lemon, limau atau halia di dalamnya.

Mudahkan untuk menyediakan jus lemon madu ini. Pastikan anda menggunakan madu asli ye.

sumber:rasa

0 comments:

Catat Ulasan