Rabu, 6 September 2017

Resepi Kek Pisang Coklat Kukus Versi Mufin

Hari ini Cik KRS nak kongsi Resepi Kek Pisang Coklat Kukus Versi Mufin untuk hidangan minum petang. Saiz mufin atau cupcake ni selalu digemari ramai terutamanya budak-budak sebab rupanya yang comel.

Kalau anda rajin, bolehlah sediakan Kek Pisang Coklat Kukus untuk sarapan. Tapi kalau yang jenis tak suka makan kek untuk sarapan macam Cik KRS ni, sesuai untuk minum petang  jelah jawabnya. Buatlah lebih sikit, boleh hulur kat jiran kiri kanan. Esok cuba resepi lain pula untuk jiran depan belakang. Jangan lupa hulur sepinggan kek kat Cik KRS juga.



RESEPI KEK PISANG COKLAT KUKUS VERSI MUFIN

Bahan-bahan:
1 cawang pisang emas (dilecek)
2 cawan tepung gandum
1 cawan minyak masak
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh sebuk penaik
secubit garam
coklat cip untuk hiasan

Cara Membuat Kek Pisang Coklat Kukus
1) Mula-mula sekali ayak tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat, serbuk penaik dan garam ke dalam mangkuk.
2) Selepas itu masukkan minyak masak, gula perang, telur (dipukul dahulu sebelum masuk) dan pisang. Kacau adunan sehingga sebati
3) Setelah adunan dah sebati, masukkan ke dalam acuan kecil yang telah dialas dengan kertas mufin. Taburkan coklat cip di atasnya.
4) Kukus kira-kira 20 minit atau sehingga cupcake masak.

Dah siap. Mudah je kan nak buat Kek Pisang Coklat Kukus yang sedap ni. Selamat mencuba.

0 comments:

Catat Ulasan