Selasa, 14 November 2017

Resepi Kek Viral 3 Bahan

Cik KRS tertarik dengan Resepi Kek Viral 3 Bahan ini. Dekat facebook pun dah semakin ramai yang share resepi kek kukus ni. Almaklumlah guna 3 bahan je, sekarang juga anda boleh masuk dapur dan mencubanya sendiri.

Eh tapi sebelum tu, nah print dulu resepi ni. Tak pun screenshot atau bookmark dulu. Nanti boleh share dengan jiran sebelah pula. Yelah mana tahu bila jiran dah merasa kek (sedap kemain) yang kita hulur atas pagar tu, mesti di pun nak mencubanya kan. Bila dia tanya resepi, tak perlu pening nak ulang satu-persatu, whatsapp je screenshot.



RESEPI KEK VIRAL 3 BAHAN

Bahan-bahan
1cawan tepung gandum
1 cawan gula (kurangkan ikut citarasa sendiri)
3 biji telur

Nota Cik KRS: kalau tak suka bau hanyir telur, boleh tambahkan beberapa titis esen vanilla atau esen-esen yang seangkatan dengannya. Tapi nanti kena tukar nama kek jadi 4 bahan pula

Cara Buat Kek Kukus Viral 3 Bahan
1) Mula-mula sekali masukan telur dan gula dalam blender (pengisar) dan blend sampai gebu.
2) Setelah adunan telur dan gula kembang, masukkan tepung gandum pula dan blend atau kisar sampai adunan sebati.
3) Panaskan kukus, tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus untuk kira-kira 20 minit.

Ha mudah je kan. Siapa kata buat kek kukus susah? Meh cuba resepi ni dulu. Kalau kata susah juga, tak dapek la den nak nolong.

Selamat mencuba Resepi Kek Viral 3 Bahan

sumber: page jom belajar buat kek

0 comments:

Catat Ulasan