Isnin, 27 November 2017

Resepi Sambal Tauhu Dan Bebola Ikan

Hidangan yang ringkas Resepi Sambal Tauhu Dan Bebola Ikan. Kesibukan tugasan harian membuatkan ramai para ibu kurang masa untuk berada di dapur. Tapi sebagai ibu, pasti teringin nak masak menu yang sihat untuk suami dan anak-anak.

Memikirkan masalah tersebut, Cik KRS nak kongsikan satu resepi sambal yang sangat mudah disediakan. Yang penting ia sedap dan boleh divariasikan. Kalau tak suka tauhu dan bebola ikan, boleh gantikan dengan bahan utama yang lain seperti ikan, udang, sotong, ayam dan sebaginya.

Resepi Sambal Tauhu Dan Bebola Ikan

Resepi Sambal Tauhu Dan Bebola Ikan
Bahan-bahan
Tauhu goreng
Bebola ikan
1 labu bawang besar (dihiris)
7 cili merah (dikisar)
10 biji cili padi (dikisar)
2 ulas bawang putih (dikisar)
5 biji bawang merah (dikisar)
Daun Kari
Tomato
1 sudu teh gula
Minyak masak
Garam secukup rasa

Cara Memasak Sambal Tahu Dan Bebola Ikan
1) Mula-mula panaskan minyak dan tumiskan daun kari sehingga naik bau.
2) Selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.
3)Masukkan tauhu dan bebola ikan. Kacau rata.
4) Kemudian masukkan tomato yang telah dibelah 4 dan juga masukkan hirisan bawang besar.
5) Akhir sekali tambahkan gula dan gram sebagai penambah rasa

Jangan lupa mencuba Resepi Sambal Tauhu Dan Bebola Ikan ini. Simpan sedikit untuk Cik KRS tau.


0 comments:

Catat Ulasan